KOLEKSI JURNAL MALAYSIA

Pusat Sitasi dan Infometrik (PSI) berfungsi untuk merekodkan koleksi harta intelek terbitan ilmiah Negara. PSI bertanggungjawab untuk menyenaraikan, menyelaras dan mengindeks penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia melalui Sistem MyJurnal.

Sistem MyJurnal digunakan untuk memuat naik dan mengindeks jurnal-jurnal tempatan. MyJurnal mengandungi data bibliografik dan kandungan teks penuh artikel-artikel yang diterbitkan di jurnal ilmiah berwasit di Malaysia, di dalam pelbagai bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Perubatan, Sains (EMS) dan Seni & Kemanusiaan dan Sains Sosial (AHSS).

Objektif utama MyJurnal adalah: 

  • Meningkatkan akses pada kandungan jurnal ilmiah tempatan kepada komuniti global; dan
  • Meningkatkan keternampakan kandungan yang menggalakkan penggunaan dan menjana sitasi kepada artikel yang diterbitkan.

MyJurnal memenuhi keperluan penerbit dan penyelidik dengan menyediakan kemudahan seperti berikut:

  • Sistem berasaskan atas talian yang intuitif dan mesra pengguna
  • Pusat setempat bagi pengumpulan jurnal ilmiah Malaysia
  • Akses percuma kepada teks penuh artikel-artikel penerbitan sekiranya hak cipta terpelihara dibenarkan
Sistem MyJurnal boleh dicapai di: https://myjurnal.mohe.gov.my

Pengunjung:

Hari ini: 34 | Semalam: 59 | Minggu Lepas: 311 | Bulan Lepas: 2100 | Jumlah Pengunjung: 175455

HUBUNGI KAMI

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+60 38870 6516
+60 38870 6509

ALAMAT

PUSAT SITASI DAN INFOMETRIK
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 7, No. 2,  Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 W.P. Putrajaya, Malaysia.


Hakcipta © 2022 Pusat Sitasi dan Infometrik, Jabatan Pendidikan tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi