LATAR BELAKANG

Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pendidikan Tinggi menekankan pentingnya membina satu sistem penilaian saintifik bagi jurnal-jurnal ilmiah di Malaysia. Penubuhan Pusat Sitasi & Infometrik dulunya dikenali sebagai Pusat Sitasi Malaysia ini selari dengan aspirasinya di dalam Teras ke-3 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu dalam memperkukuh penyelidikan dan inovasi di institusi pengajian tinggi. Ia dapat menyokong Pelan Tindakan PSPTN yang berikut:

Item 5.24 (iii)

Meningkatkan kolaborasi sistem penyelidikan IPT dengan rantaian Sistem Inovasi Kebangsaan menerusi peningkatan kualiti penyelidikan dan penerbitan.

Item 5.24 (xii)

Menggalakkan dan membantu penyelidik dalam penulisan jurnal berwasit (refereed journal) dan berimpak tinggi.

Item 5.24 (xiii)

Memperkasakan jurnal tempatan terpilih setanding dengan jurnal antarabangsa.

Item 9.28 (v)

Mempertingkatkan keupayaan, penyusunan, dan penganalisisan data berkaitan dengan semua aspek pengajian tinggi.

PSI bertanggungjawab untuk mengumpul, memantau, menyelaras dan meningkatkan standard penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia. Pusat ini terlibat terutamanya di dalam penyelidikan dan penilaian komunikasi ilmiah di Malaysia, pembangunan pangkalan data jurnal serta pembangunan dan penyelidikan perisian sitasi.

KRONOLOGI PENUBUHAN

15 Oktober 2010

Kelulusan penubuhan PSM diterima melalui Memorandum Jemaah Menteri

15 Februari 2011

Mula beroperasi di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM

24 Februari 2012

MOF meluluskan cadangan penubuhan PSM secara sementara dengan 7 jawatan berkuatkuasa selama 3 tahun (1 Feb 2012 hingga 31 Jan 2015)

27 Ogos 2012

Berpindah ke Bangunan JPT, KPM

Pengunjung:

Hari ini: 47 | Semalam: 44 | Minggu Lepas: 91 | Bulan Lepas: 1104 | Jumlah Pengunjung: 6476

HUBUNGI KAMI

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+60 38870 6516
+60 38870 6509

ALAMAT

PUSAT SITASI DAN INFOMETRIK
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 7, No. 2,  Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 W.P. Putrajaya, Malaysia.


Hakcipta © 2022 Pusat Sitasi dan Infometrik, Jabatan Pendidikan tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi