PRESTASI JURNAL MALAYSIA

Pusat Sitasi dan Infometrik (PSI) berperanan sebagai pusat pengurusan bibliometrik bagi penerbitan ilmiah di Malaysia. Untuk tujuan itu, PSI menyenaraikan, mengindeks dan menilai prestasi semua penerbitan ilmiah Malaysia secara sistematik dengan menggunakan Sistem Indeks Sitasi Malaysia (MyCite).

MyCite menyediakan laporan sitasi dan bibliometrik penyelidik, jurnal dan institusi di Malaysia. MyCite merangkumi semua bidang di dalam Kejuruteraan, Perubatan, Sains (EMS) dan Seni & Kemanusiaaan dan Sains Sosial (AHSS). Sistem ini mempunyai pautan ke MyJurnal, Sistem Pengurusan Jurnal Malaysia, untuk mengekstrak data bibliografik bagi paparan dan analisis bibliometrik.

MyCite memudahkan kegunaan berikut:

  • Menyediakan maklumat bibliometrik serta kandungan teks penuh jurnal ilmiah yang diterbitkan di Malaysia.
  • Menyediakan laporan sitasi dan bibliometrik bagi penyelidik, jurnal dan institusi di Malaysia.
  • Membantu keterlihatan penerbitan ilmiah Malaysia di peringkat global agar penyelidik Malaysia boleh mengenal pasti pakar dan bidang untuk berkolaborasi, serta merangsang penggunaan dan sitasi.

Sistem MyCite boleh dicapai di: https://mycite.mohe.gov.my

Pengunjung:

Hari ini: 18 | Semalam: 72 | Minggu Lepas: 441 | Bulan Lepas: 1291 | Jumlah Pengunjung: 176932

HUBUNGI KAMI

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+60 38870 6516
+60 38870 6509

ALAMAT

PUSAT SITASI DAN INFOMETRIK
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 7, No. 2,  Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 W.P. Putrajaya, Malaysia.


Hakcipta © 2022 Pusat Sitasi dan Infometrik, Jabatan Pendidikan tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi